Resepi Coklat Cheese Kek

kek keju coklat

Kek coklat keju memang digemari ramai. Lebih-lebih lagi seperti resepi chocolate cheese cake ini yang banyak menggunakan coklat. Dua bahan yang kanak-kanak pastinya suka – coklat dan keju.

Jangkamasa Penyediaan

20 minit

Tempoh Masakan

1 jam 5 minit

Anggaran Hidangan

12 orang

Bahan-Bahan:

  • Mentega, dicairkan untuk pecahkan minyak
  • 1 x 250g bungkus biskut coklat (kosong), dipatah-patahkan
  • 1/2 sudu teh serbuk kulit kayu manis
  • 150g mentega, dicairkan
  • 250g coklat hitam (dark chocolate), dicincang atau halus
  • 155g (3/4 cawan) gula kastor (caster sugar)
  • 3 biji telur
  • 3 x 250g peket krim keju (cream cheese)
  • 2 sudu besar serbuk koko (cocoa powder), diayak
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 x 300g pek krim masam (sour cream)
  • Serbuk koko, tambahan, untuk digunakan ketika menghidang
  • Krim, untuk hidangan

Kaedah Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada 160°C. Sapukan loyang dengan mentega dan alas dengan kertas minyak atau  baking paper.
  2. Masukkan biskut coklat (dipecah-pecahkan), serbuk kulit kayu manis dan butter dalam satu mangkuk dan kisar kesemuanya hingga sebati. Kemudian, pindahkan ke dalam loyang. Pastikan sapuan rata di seluruh bahagian terutama di bahagian-bahagian tepi (sisi loyang). Setelah itu tutupkan dengan plastik (plastic wrap) masukkan dalam peti sejuk untuk menyejukkan bahan-bahan tersebut selama 30 minit.
  3. Panaskan coklat hitam (dark chocolate) dalam periuk selama kira-kira 5 minit atau sehingga cair.
  4. Masukkan gula dan telur dalam sebuah mangkuk besar dan pukul hingga kelihatan ringan dan berkrim (light and creamy). Setelah itu tambahkan krim keju dan pukul hingga sebati. Masukkan coklat hitam, serbuk koko dan vanilla satu persatu dan kacau hingga sebati. Tambahkan krim masam dan kacau sebati.
  5. Tuangkan sebatian atau bahan-bahan tersebut ke atas biskut dan dan ratakan agar kelihatan kemas. Bakar selama 1 jam. Kemudian tutup oven dan biarkan kek tersebut di dalam oven, dengan pintunya terbuka, selama 2 jam atau sehingga benar-benar sejuk. Ini untuk mengelakkan kek daripada meretak. Setelah itu tutup kek dengan kemas dan pindahkan ke peti sejuk selama 2 jam untuk menyejukkannya. Taburkan serbuk koko dan hidangkan dengan krim.

Speak Your Mind

*